Puisi: Tiada Kemaafan Bagi Kau Yang Zalim
Tak mungkin ada kemaafan bagi dia yang zalim Yang penuh dengan pendustaan. Tak mungkin akan ada keinsafan baginya Yang terlalu selesa bergelumang dengan dosa. Dan tidak mungkin akan terbuka lagi Hati yang telah pun dia racuni sekian lama. Biarkan hatiku mati seperti mana dia ingini. Biar terdampar di tengah teriknya matahari, Biar badan terhanyut bersama banjiran seiring petir, Biar mati hangus di tengah padang pasir, Biar hanyut abu di dalam lautan... Tak mungkin aku mencarinya lagi. Andai di suatu hari, hatinya merubah menjadi lembut. Jangan harap badan ku dapat dia lihat lagi, Biar bernafas, biar tak bernadi... Tak ku rela menjadi patung hiasan di matanya lagi. Jika di saat hayat ku masih ada pun tiada dia menjelma, Maka, biarlah bila matinya aku atau dia, Jangan ada yang peduli. Cukuplah sekadar khabar yang disiarkan, Tak usah bertangis airmata darah Kerana hatiku telahpun mati tak bernisan Sekian lama berdarah tanpa kasih. Tak mungkin adanya kemaafan bagimu, Biar beribu kali kepal