Titisan airmata yang dizalimi
Sanggupkah setitis air membawa sebaldi kerabatnya terasing bersama?
Biarlah disisih, dibuang, dibiar terdampar di padang pasir...
Jika sudah tertulis untuk terpisah, tak perlu dicincang...
Walau hanya dengan tiupan angin, andai sudah ditakdirkan untuk terputus, berderai jua airmata.
Biar sebaldi dijadikan air pujaan...
Biar setitis lagi air yang ditinggalkan kering dibawah bahangnya matahari sambil bersaksikan seribu mata bintang di malam hari.
Sanggupkah setitis air membawa sebaldi kerabatnya terasing bersama?
Tidak sama sekali...
Kerana dia tahu betapa sakitnya tulang retak bila dijatuhkan dengan sengaja dari pelukan kaki yang mengheretnya dari muka pintu ke jalanan.
Biar kesakitan, kesengsaraan, kepedihan, juga dendam terhenti di sini...
Biarpun akan hadir lagi semua rasa itu tanpa diundang nanti.
Cuma tiada tenang bagi dia yang sengaja menzalimi hati tanpa dosa,
Tiada senyum bagi dia yang membiarkan kezaliman terjadi,
Tiada sinar bagi dia yang menjadi saksi kesengsaraan,
Tiada kasih bagi dia yang memberi kekejaman,
Tiada aman baginya yang menghilang setelah menjelma untuk memberi harapan...
Kerana di setiap ritikan hujan yang turun menyinggah di jendela, akan terlihat ribuan rintihan...
Setiap titisan embun, akan dibayangi rasa sedih...
Setiap pandangan daun yang bergoyang, akan terasa hiba di dada...
Tidak akan tenang jiwanya hingga tiba masa jasad kekeringan seperti mana setitis air itu dibiar tanpa belas kasihan...
Kerana pada setiap panahan guruh dan pancaran suria, akan terngiang-ngiang suara insan yang dizalimi...