Puisi: Salam Tak Terjawab



Mengapa hati ini masih teringat pada yang tidak sudi?

Kenapa jiwa ini masih terikat pada yang membenci?

Dan haruskah tubuh ini terus mendekati si dia yang tidak pernah mengingini...


Dari bukit ke gunung, dari gunung turun semula pada tanah rata...

Dari bandar ke hutan, dari hutan pergi ke bandar yang lain...

Dengan tidak sengaja, ianya tempat si dia yang aku tercari.


Apakah ini satu petanda,

Ataukah ianya hanya satu khayalan yang menghiasi jiwa sepi dan malang ini?

Segalanya di dalam kekaburan, hingga kini...

Tapi janganlah biar buat selamanya, kerana...

Apa guna menghuni taman hati yang berpagar,

Bila sudah ternyata tuan rumah tidak sudi menjemput masuk ke dalam...


Apa khabar insan yang bertanya bila salam yang diberi tidak terjawab,

Pulang sahaja ke rumah sendiri, biarpun terletak di dalam belantara

Dan pada waktu malam gelapnya bagai di dalam gua...

Sambil meritih kesepian, bunyi pun terngiang-ngiang.


- Qadeem Zieman

Popular Posts