TERCIPTANYA 'INA MAWI 2.0' APABILA BELAAN TAKBERISTILAH HENDAK DIJADIKAN SITI NURHALIZA

Byline: Qadeem Zieman

 

Serupa dengan kes Ina Mawi beberapa tahun dahulu... apabila Ina (balu Suhaimi Saad) berputus kasih dengan Mawi pada era kegemilangannya sewaktu bertanding di pentas Akedemi Fantasia, beliau (Ina) tiba-tiba dijadikan penyanyi/artis rakaman dengan mendendangkan melodi-melodi nasheed arab yang berbunyi syahdu, sambil menjual status dirinya yang seakan-akan ‘burung tak bersayap’ setelah kisah percintaan-nya dengan sayu berakhir dengan trajis dikhalayak ramai bagai yang tertulis dalam lirik lagu ciptaan Datuk M. Nasir buat Alleycats yang berjudul ‘Layang-Layang Terputus Talinya’. Agaknya, beginilah rupanya bila seseorang artis bercerai di Malaysia… bekas pasangan mereka juga akan turut diangkat sebagai artis ‘Malaywood’.

 

Masih malar segar diperkatakan pihak media di media sosial apabila penganjur memohon maaf setelah membuat kesilapan besar dalam mempromosikan sebuah konsert yang diberi nama ‘Sumandak Stars’, iaitu apabila pihaknya bersikap tidak adil dalam menonjolkan artis-artis di dalam poster tersebut.

Terpampar besar, right front and centre wajah sosok Belaan tak beriStilah pada poster tersebut, membuatkan artis yang lebih senior daripadanya, Stacy menarik diri. Manakan adil? Stacy yang pada suatu masu dahulu pernah diberi jolokkan ‘Anita Sarawak jr’ pula diletakkan dibelakang seiringan dengan barisan artis-artis lain yang, bagi memberi laluan buat si Belaan yang berpakaikan baju berwarna emas untuk duduk di barisan hadapan, seakan-akan ‘bertakhta’ sebagai ‘Ratu Sabah’. Tang mana ratunya, kalau sekadar menyanyi lagu sedih Indonesia yang satu tak sudah-sudah? Tak berhabis lagi dengan kisah sedih, duka nan lara beliau yang kena cerai dengan suami yang kaki curang, asyik lagu itu saja yang didendangnya! Tak padan diri berada di taraf ‘BBNU’, namun mengalahkan artis senior, ada jua hatinya yang beringinan untuk 'block' sesetengah artis untuk hadir ke majlis atas sebab ketidakselesaan! Katanya artis tersebut hanya berada di dewan itu untuk menggoda suaminya. Al kisahnya… bercerai jua akhirnya dik keamanan… Bila saya comment tentang kelayakkannya untuk bertindak meminta sedemikian, saya pula yang disekat olehnya.

 

Kelihatan seperti semua ini berlaku kerana akibat keperihatinan ke atas ‘situasi’ beliau, sama seperti kes Ina Mawi pada dahulu kala, namun tidak hanya pada individu yang ini sahaja, malah ramai lagi balu dan janda selebriti di Malaysia yang diberi ‘penghormatan’ tak bertempat. Adakah ini sikap favoritisme yang cuai dari pihak media, penganjur dan penyokong-penyokong buat rebah di Malaysia? Kalau di Hollywood, Mariah Carey bercerai tuntut 50 juta dollar, tetapi di Malaysia, bila bercerai dapat 50 tahun pengalaman jadi penyanyi veteran ke?

 

Menyentuh tentang status veteran, saya berasa tidak puas hati apabila melihat individu tersebut membuat persembahan sepentas dengan seorang penyanyi lelaki yang berstatus veteran, saya rasa tertarik untuk bertanyakan sebab beliau memilih untuk meneruskan persembahan tersebut. Jika bimbangkan profesionalisme dipersoal, rasanya kini ianya betul-betul dipersoal. Sayang sekali kejayaan yang mencecah setengah abad itu dicalar dengan rela hati, kalau beberapa bulan lepas saya melihat persembahannya di YouTube sambil tersenyum melayan dendangan merdu yang dialunkan dengan persona yang begitu mewah dan mahal, kini saya kesal kerana anugerah 1 dalam sejuta itu kian beliau murahkan ke tahap lelongan separuh harga. Tapi apakan daya bila kesyukuran dan kesedaran tiada di jiwa, segelintir orang hanya mementingkan aspek relevan berbanding harga diri.

Ini bukan soal memberi bimbingan pada orang-orang muda, jika ingin membimbing, seharusnya beliau mencontohi Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang membimbing anak didiknya, Shiha Zikir pada zaman Mentor dulu. Sepatutnya ambil sebagai anak angkat dan didiknya dalam melakukan persembahan. Hingga ke hari ini, legasi yang arwah DSA tinggalkan buat kita semua masih aktif seperti ‘ummi’ mereka, oleh kerana didikan arwah disifatkan sebagai seorang ‘Ibu’ yang menyusukan bayi yang baru lahir oleh anak-anak angkatnya, Auriel, Shiha, dan lain-lain. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh penyanyi veteran tersebut. Jadilah bapa yang berguna dalam mendidik anak-anak. Jangan sekadar fikir relevan sahaja, kerana satu hari nanti, yang akan tinggal bukanlah nilai relevan itu, tetapi sebaliknya, memori, kenangan, dan legasi yang ditinggalkan yang akan orang simpan.

Oleh kerana itu, contohilah Arwah Datuk Sharifah Aini, Datuk Aziz Satar, Datin Rafeah Buang yang mana pada zaman kegemilangan hinggalah ke akhir hayat mereka, tidak pernah kedekut ilmu dalam mendidik, baik mendidik anak, mahupun mendidik diri sendiri dalam mempelajari ilmu-ilmu baru.

Namun begitu, saya tetap akan menghayati lagu-lagu beliau dari era kegemilangannya dari sekitar tahun 1970-an ke tahun 1980-an… biarpun rasa minat dan hormat terhadapnya kian pudar akibat ‘kecuaian’ beliau.

Popular Posts