Malu Yang Menggunung

 Sungguh malu rasa hati...

Diulit pula dengan keliru...

Sambil jiwa bertanya mengapa, kenapa, dan apa...

Mengapa dia begitu jika bukan dia yang diimpikan?

Kenapa ada yang melukakan jika tiada yang terluka dahulu?

Apakah semua ini hanya lamunan di hati, ataukah benar semuanya di dunia nyata, tapi berbeza jalan cerita?


Mengapa dia mencari jika bukan aku yang dicari?

Mengapa adanya sengsara yang dituju, jika bukan aku yang terlibat?

Kenapa awan mendung jika tiada hujan menghampiri?

Kenapa tangisan yang dia titiskan padaku jika bukan diriku yang dinanti?

Apakah mimpi indah tentangnya itu semua sekadar mainan perasaan?

Apakah mimpi ngeri itu hanya igauan dan bukan pesanan?

Tidak mungkin...


Kerana setiap mimpi indah yang hadir membawa perasaan

Dan begitu juga dengan mimpi ngeri...

Terlalu ngeri untuk hadir dengan sendiri tanpa dituju.

Atau mungkin...

Perasaan padanya yang selama ini terpahat di jiwa hadir kerana diri ini terlalu sesat?

Tetapi siapa pula yang membenci begitu dalam sehingga membuat pujaan?


Kini malu semakin menggunung dengan pilu.

Tak tahu kemana hendak ku pergi setelah sekian lama tersalah alamat untuk mengirim rindu, dendam, amarah, sayang, dan pesan.



Ampun, Tuan... saya berundur diri.

Popular Posts