Puisi: Airmata Yang Gugur



Jiwa ditandang keliru...

Berteman kecewa, sambil tersenyum terbayang rasa rindu.

Saat hati ini merindu, tiada bintang menemani sepi,

Kini kiranya sudah terlambat,

Kerana malam telahpun menjadi siang, dan bulan pula sudah berganti mentari...


Simpan sahaja senyuman berbisa itu.

Kerana hati ini sudah penat menunggu, lalu telah hilang rasa, dan menjadi tawar.

Jangan aku kau dekati, menantilah hingga matahari terbit dari barat sekalipun...

Kerana telah terukir kekecewaan terhadap Tuan di dalam hati ini,

Entah bila lagi akan hadirnya rasa sayang, hanya Tuhan yang tahu.


Tapi andai kuasa Nya mampu mengubati,

Mungkin suatu hari nanti timbul pula rasa kasihan...

Namun jangan pula Tuan pergunakan niat suci hamba...

Cukup sudah keraguan yang sering melanda di jiwa,

Airmata andai tergugur sekali lagi, tak mungkin akan terhenti,

Misalnya banjir, deras airnya tak terenang.

Popular Posts