Puisi: Tiada Kemaafan Bagi Kau Yang Zalim


Tak mungkin ada kemaafan bagi dia yang zalim

Yang penuh dengan pendustaan.

Tak mungkin akan ada keinsafan baginya

Yang terlalu selesa bergelumang dengan dosa.

Dan tidak mungkin akan terbuka lagi

Hati yang telah pun dia racuni sekian lama.


Biarkan hatiku mati seperti mana dia ingini.

Biar terdampar di tengah teriknya matahari,

Biar badan terhanyut bersama banjiran seiring petir,

Biar mati hangus di tengah padang pasir,

Biar hanyut abu di dalam lautan...

Tak mungkin aku mencarinya lagi.


Andai di suatu hari, hatinya merubah menjadi lembut.

Jangan harap badan ku dapat dia lihat lagi,

Biar bernafas, biar tak bernadi...

Tak ku rela menjadi patung hiasan di matanya lagi.

Jika di saat hayat ku masih ada pun tiada dia menjelma,

Maka, biarlah bila matinya aku atau dia,

Jangan ada yang peduli.

Cukuplah sekadar khabar yang disiarkan,


Tak usah bertangis airmata darah

Kerana hatiku telahpun mati tak bernisan

Sekian lama berdarah tanpa kasih.

Tak mungkin adanya kemaafan bagimu,

Biar beribu kali kepala mu bersujud ke lantai.

Tak mungkin aku melupakan segala kezaliman 

Yang telah kau berikan disepanjang hayat ini.

Ke mana pun engkau pergi, di mana pun engkau kini...

Tak akan damai hati walau ke liang lahad sekalipun,

Kerana engkau tidak mungkin aku maafkan.



- Qadeem Zieman

Popular Posts