Puisi: Tersingkirnya Seorang Anak


Anak kucing berwarna putih dibasahi hujan...

Anjing kurap pula yang dibawa pulang.

Anak kandung yang lahir,

Anak orang yang di bedung.

Orang didepan mata dibiar menanti,

Sambil diri mencari pengganti

Seolah-olah yang menanti sudah mati.


Dahsyat sungguh lakonan manusia,

Bila berkata berdengung mulia.

Bila memandang, matanya berkaca

Seolah-olah benar belaka dia yang terseksa.

Dan bila disapa orang, tak ternilai ramahnya.

Namun semua itu hanya sekadar mainan semata,

Dibalik lensa, yang jelma hanya hina dibalut dosa.


Selagi boleh bermimpi, mimpi lah sepuas-puasnya...

Kerana yang nyata bagai langit dan bumi.

Dan yang merasa, sakit di hati tak terbilang

Bila tersedar bahawa yang berpangkat

Rupanya bermata juling, bertangan batu...

Kian tersingkir sayu si anak dagang,

Ditambah pula piatu diakhirnya.


- Qadeem Zieman 

Popular Posts