Puisi: Bulan Separa Mencari Bintang Pujaan

 Di keheningan malam,

Ku terpegun dengan pancaran cahaya dari bulan...

Bulan nan separa itu bagai menyantuni hati ini.

Hati yang terpaut, namun hanya separuh jalan ianya berlalu.

Hati yang merindu, namun...

Hanya setengah harapan yang dapat ku capai.

Kerana yang dirindu tak mengunjung...

Dan yang menanti pula tak dipeduli.


Hanya sepasang mataku yang bercahaya,

Sambil si bintang yang dipuja pergi tanpa bicara

Selepas menjelma diri untuk sekelip mata,

Setelah sekian lama diriku menderita.


Bulan pergi membawa diri...

Namun separuh dari hatinya tertinggal di langit pada malam hari.

Bintang, biarpun hadir beribu...

Tiada guna jika yang puda semua.

Di angkasa nan luas hatiku terpaut, dan berkelana tanpa arah tujuan...

Demi menjejak kemana hilangnya si bintang pujaan.


Dalam pada aku mencari...

Kiranya tercicir harga diri.

Kini, terhutang kasih pada jiwa nan merintih.


- Qadeem Zieman

Popular Posts